Adakah ahkak menjahit baju melayu??? oh tdk sama skali nok….jahit silang pangkak pn ahkak gagap ni nk jahit baju melayu…nahi…nahi….
Dah berkurun tak update blog ni kn….skrg ni musim malas kuasa 2…. nk menaip pn rasa malesssss je….. actually ni kek yg ditempah oleh Linda dr ILPJ…2 bijik kek dlm sebulan you…. tarikh dh tak ingat…. kek coklat moist…layer cekelat ‘ganaz’ dan fondant…tema pink putih…


Mana dpt Jalapeno Cheese Powder ni?? hehehe… sesiapa yang berminat boleh email ann di mami@mamibizi.com… sangat berbaloi…untuk satu hidangan ann guna 3 sudu besar je….cukup untuk kami 3 orang… lebih syiok klu makan dgn mayonis… tp gambo ni takde mayo ye…sbb takde stok…
Sebenarnya banyak resepi kita boleh buat untuk dinikmati bersama Jalapeno Cheese Powder ni…
Continue reading »
Order dari kawan baik ann, Linda untuk hantaran pertunangan adik iparnya hari ini… dugaan buat linda dan keluarga suaminya apabila kehilangan ibu mertuanya petang semalam kerana serangan jantung… takziah buat linda dan hanif sekeluarga….



Kek Coklat Moist
Fondant
Ni menu weekend baru-baru ni… tengok la… dah berapa hari baru nak upload ke blog… rajin kan ann…
Menu ni ann masak dengan ‘bantuan’ dak Husin… sambil ann masak dia kat sebelah berdiri atas kerusi.. main-main kat kaunter kitchen kabinet…rupanya dia main bekas rempah ratus.. abis dia campur jintan manis, jintan putih, biji lada dan ketumbar… aduii… jenuh la nak pilih balik… rasanya nanti benda2 tu semua ke tong sampah la jawabnya…
Ayam percik ni sbnrnya ann ‘gu’kan dengan ikan gelama masin dan brokoli goreng..

Husin lak dia makan ayam ni dengan nasi dan timun…Seronok betul husin skrg dah lalu makan…
Continue reading »
Salam… ni repeat order yg tatau kali ke berapa dr Kak Wan.. Ann buat chocolate indulgence ala2 SR tapi versi ann… sbb kek ni tuk celebrate besday si comel so cream dlm ni terdiri dr vanila dan chocolate…xletak pn coffee cream takut pahit lak nanti… thanks Kak sbb order pasni boleh order lagi….

Comel kan..

Chocolate Indulgence
Layer with vanilla cream & chocolate cream
Assalamualaikum…. lamaaaa dah ann tak update resepi sini… rutin harian berjalan cam biasa… cuma lately ni bizi dan agak penat… penat badan dan penat otak memikirkan beberapa perkara…. hehhehe… penat badan sbb everyday kena travel 1hour tuk ke opis… balik pun sama… ann bangun pukul 5 pagi tuk siap2 dan bertolak pkl 6.30pg…balik pun dah dkt2 malam… penat? penat tu tak sangat tapi bak kata org kedah badan jd ‘mangli’ ….
Mesti ada yang tanya pesal tak mtk tuko… mintak dah mintak tapi tak dapat2…hehehehehe… takpe.. baru-baru ni ann try ikhtiar baru… moga-moga kali ni berhasil… dpt dekat-dekat SP ni siok la jugak… jimat masa, jimat wang ringgit…
Doa-doakanlah yer… moga-moga den berjaya kali ni… harini on the way back ann ann singgah pasar malam depan perumahan kitorang ni… ingat nak beli apa-apa tuk makan so takyah masak… jalan punya jalan 1 pun tak berkenan… tetiba terasa nak makan tauhu sumbat dengan kuah kacang… so ann pun beli 3 biji tauhu, sebatang carrot dan beberapa batang timun ( sebab husin suka makan timun)…

Ketung ketang… sebelah dapur goreng tauhu, sebelah lagi goreng kacang…. husband tolong sagat timun dan carrot…pas 10 min siap semua… leh makan… senang… hehehehe… tuk resepi..sila tgk dibawah yer…
Continue reading »
Slurrppp! Terliur tak… dessert ni mabeles… tang puding dia tu memang dah sedap tapi yang membuatkan dessert ni meletopp keseluruhannya sebab sos… sos dia mmg sedap tak terkira…
Ann buat 2 adunan, 1 loyang tuk husband bawak ke opis… 1 lagi untuk makan di rumah.. dalam gambar ni puding nampak nipis dan padat je kan… ini sebenarnya l0yang yang ke-2… dapat nipis je sebab nak tebalkan loyang yg 1st supaya kenyang dorang yang penat bekerja kan

Ann masih menggunakan resepi daripada maya zakry dari myresipi…sebab resepi beliau mmg terbukti kesedapannya… tapi kali ni ann tambahkan isi oren mandarin dalam tin… aduhhhhhh! lemak-lemak manis dan a hint of sour…. sedap…!

Kepada sesiapa yang nak cuba, pastikan anda gandakan adunan untuk kuah sebab tak puas kalau makan sikit kuahnya… i’Allah takan ada pembaziran…licin hingga titisan terakhir… Continue reading »
Sekali lagi diulangi…kuah @ sos untuk resepi ni memang sedap…sangattttt sedap!
Yehaaaaaaa! Akhirnya rendang tok sudah berjaya dihasilkan… bukan tak pernah buat rendang tapi yang selalu ann buat tu versi lain-lain sampai tak tau asal usul… kiranya mcm fusion la…
To be honest… ann nak rendang yang really really authentic…rendang kering dan ada aroma tersendiri… yang kena dengan anak tekak ann.. setakat ni ann rasa yang kena pada tekak ann adalah rasa cam yang dijual di Sogo dan rendang tok perak yg time kenduri kendara org selalu buat tu… tudia sket punya panjang explanation…
Di pendekkan, resepi daripada quinnie memanag kena dengan rasa rendang tok versi perak yang selalu ann makan…
ann buat sekilo daging arini tapi ann tak biarkan ianya kering sampai warnanya bertuko gelap sebab suami ann suka jenis yg berkuah….

Membuatnya mudah… humban semua bahan2 dan kacau sekali sekala… untuk yg rajin bolehlah tunggu depan kuali dan kacau tanpa henti..hehehe…tapi tuk ann yang xcukup manpower dlm umah…ann sambil memasak sambil membasuh sambil siang ikan so takde masa nak tunggu tercongok depan kuali…agak2 nak melekat kat bawah kuali ann kacau..kedian biarkan…then kacau lagi tapi mmg betul mcm quinnie ckp dlm lebih kurang 3 jam jugak nak kering elok…ann xsampai 3 jam sebab ann buat versi berkuah…
Continue reading »
Assalamualaikum… Salam Jumaat…. selepas ‘berehat’ seminggu… arini ann ada posting baru… bukan tak masak seminggu tapi xambik gambar sebab masak simple-simple je… badan tak berapa sihat…
Harini ann buat kerabu favourite ann masa zaman sebelum kawin…dulu-dulu mak yang buat tapi sekarang kena buat sendiri… huhu! Kepada sesiapa yang tak pernah tengok keladi bunting @ dipanggil paku rawan oleh org kedah.. kat bawah ni gambarnya…

Kerabu ni rasanya sedap sebab keladi bunting ni lembut jer.. jus-jus yang terhasil lepas kita gaul keladi dengan awas-awasnya tu lah yang buatkan lebih ummphh!
Continue reading »
Like Us on FB!
Shout it here!
Recent Comments
Our Sponsor
Blogroll
- amy german
- Ayu
- Batriesyia Homemade
- blogresipi
- cendana kasih
- chef hanieliza
- CMG
- Cooking with the Love is Taste of Heaven!
- Damya Delights
- e-na
- From Intan Kitchen
- hasue
- Ibundo
- iezashaz makeup artist
- Izzah Muffin Lover
- Joriah
- Kak Atie
- kak ham
- kak intan
- kak nor
- kak umi-e
- kak wan
- Little Mama
- Loveliana
- MAC
- Makchaq
- Mamazieza
- Munira Baharum
- Nigella Lawson
- Quinnie
- Rani Changlun
- Rima
- Sharing is Caring.. Hijau is green!
- Sumijelly Weblog
- Supermama
- Syadah – Make-up and Wedding photographer
- zaliana
Blog Traffic
Pages
- Last 24 hours: 328
- Last 7 days: 2,558
- Last 30 days: 15,318
- Online now: 3



